Dilahirkan di Singapura pada tahun 1960an. Anak ke lima dari tujuh beradik. Ayah kandung Sujak Bin Karenawi berasal dari Kendal Semarang Jawa Tengah. Beliau berhijrah ke Singapura pada tahun 1930an dan menikah dengan Kasminah Binte Malal. Salmah mendapat Pendidikan dari Madrasah Alsagoff pada tahun 1970an. Pernah bekerja di kilang pada awal usia remaja untuk membantu keluarga. Tahun 1990an bergiat dalam kumpulan ibubapa sokongan (Parent Support Group) di sekolah anaknya. Ahli kumpulan ini bergabung tenaga bersama guru-guru untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti luar darjah seperti lawatan ke tempat bersejarah, taman binatang dan sebagainya. Dengan terjalinnya hubungan dan Kerjasama tersebut, secara tidak langsung akan memotivasi anak-anak untuk rajin kesekolah dan meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak. Sejak tahun 2010 setelah anak-anak sudah dewasa dan berdikari, Salmah melanjutkan pembelajaran dan mengikuti kursus-kursus yang dikendalikan PERGAS dan Al-Zuhri. Antara kursus yang diikuti ialah kaunselling, Bahasa Arab dan Hadith dan Sunnah. Tujuannya meyambung pembelajaran selain mendalami ilmu dan mempertingkatkan diri adalah untuk menyumbang kepada kerja-kerja kemasyarakatan. Kegigihan dalam menuntut ilmu pada usia yang agak lanjut akan dapat memberi contoh tauladan pada anak-anak, cucu-cucu dan generasi seterusnya bahawa sesungguhnya menuntut ilmu tiada batasnya dan sepanjang hayat. Penulis : Gunawan Ikhtiono Hajjah Salmah Sujak ISBN : 978-623-8218-14-1 Ukuran Buku :…
Sebagai wujud keberadaan Masjid kampung Siglap yang telah menyelenggarakan pendidikan al-Qur’an, para-alumni merupakan bukti nyata pelaksanaan kegiatan tersebut. Para alumni atau bekas murid yang pernah belajar di Masjid Kampung Siglap pun telah Berjaya dan bekerja di berbagai Instansi yang berada di Singapura. Diantara alumni yang dapat memberikan kesaksian adalah Suryadi, beliau menyampaikan bahwa setiap sesi pembelajaran modul dijalankan secara dalam talian dan ini sangat memudahkan para pelajar yang tinggal jauh dari Masjid Kampung Siglap. Sehingga tetap dapat belajar dengan baik dan maksimal. Adapun topik yang diajarkan seputar ulumul qur’an, tajwid dan juga masalah fiqh baik classic hingga fiqh kontemporer. Namun demikian, beliau juga menyarankan untuk diadakan seminar ulumul qur’an bagi masyarakat islam Singapura secara umum supaya ramai dan dapat meraih manfaat dari ilmu tersebut. Sama halnya yang disampikan oleh Nazurah, bahwa pembelajaran yang dijalankan selama 8 minggu bagi setiap modul yang diadakan namun mendapat manfaat ilmu yang lebih banyak. Dan juga, walaupun mengambil masa selama 2 jam untuk setiap sesinya, pembelajaran berlangsung dalam talian sangat menyenangkan. Dari itulah beliau menyarankan agar mengadakan kursus-kursus al-Qur’an secara dalam talian bagi masyarakat secara umum dan tidak hanya terkait di Masjid Kampung Siglap sahaja, namun dapat lebih ramai manfaat ilmu al-Qur’an. Kemudian Nurul Sarah…
