Berkunjung Sementara Terkenang Selamanya

12/05/2023

Dilahirkan di Singapura pada tahun 1960an. Anak ke lima dari tujuh beradik.  Ayah kandung Sujak Bin Karenawi berasal dari Kendal Semarang Jawa Tengah. Beliau berhijrah ke Singapura pada tahun 1930an dan menikah dengan Kasminah Binte Malal. Salmah mendapat Pendidikan dari Madrasah Alsagoff pada tahun 1970an. Pernah bekerja di kilang pada awal usia remaja untuk membantu keluarga. Tahun 1990an bergiat dalam kumpulan ibubapa sokongan (Parent Support Group) di sekolah anaknya. Ahli kumpulan ini bergabung tenaga bersama guru-guru untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti luar darjah seperti lawatan ke tempat bersejarah, taman binatang dan sebagainya. Dengan terjalinnya hubungan dan Kerjasama tersebut, secara tidak langsung akan memotivasi anak-anak untuk rajin kesekolah dan meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak. Sejak tahun 2010 setelah anak-anak sudah dewasa dan berdikari, Salmah melanjutkan pembelajaran dan mengikuti kursus-kursus yang dikendalikan PERGAS dan Al-Zuhri. Antara kursus yang diikuti ialah kaunselling, Bahasa Arab dan Hadith dan Sunnah. Tujuannya meyambung pembelajaran selain mendalami ilmu dan mempertingkatkan diri adalah untuk menyumbang kepada kerja-kerja kemasyarakatan. Kegigihan dalam menuntut ilmu pada usia yang agak lanjut akan dapat memberi contoh tauladan pada anak-anak, cucu-cucu dan generasi seterusnya bahawa sesungguhnya menuntut ilmu tiada batasnya dan sepanjang hayat.

Penulis : Gunawan Ikhtiono
                 Hajjah Salmah Sujak

ISBN : 978-623-8218-14-1

Ukuran Buku : 21 x 14 cm

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *